Pesan buat diri

Assalamualaikum korang,

Hehe, rasanya lama sangat aku tak buka blog ni, dah berhabuk sangat dah tapi apa boleh buat jadual aku fix sangat kadang tak konsisten nak tulis, hehe apa-apa pon aku akan tetap cari masa untuk buat sharing untuk korang tentang pengalaman hidup aku.. Alhamdulillah, so untuk entry kali ni, aku nak share dekat korang apa benda yang aku stuck sangat bila dengar dan benda tu sekali gus merubah niat dan minda aku untuk berubah ke arah lebih baik.

  So, cerita dia macam ni, tadi aku ada tengok sharing senior aku tentang motivasi dalam hidup seorang insan. Generally, sebagai seorang manusia, kita memang banyak harapan dan matlamat, dan semua tu membawa kita kepada satu cita di masa hadapan. Tapi sayang, tak semua orang mempunyai tuah untuk mendapat impian tersebut yang sehingga ia hanya menjadi mimpi dan angan sahaja.. Sedih kan! .. Jadi, dalam sharingnya, dia bagitahu yang tak semua orang dapat apa yang dia impikan sebab semuanya bermula dengan niat dalam hati. Ada orang, dia nak dapat impian dia dengan dia niat untuk buktikan dekat kawan-kawan dia yang dia pon mampu, ada orang niat nak tunjuk dekat orang yang life dia makin better supaya orang tertanya-tanya balik tentang diri sendiri dan mungkin juga ada orang niat supaya dia boleh reject sapa2 yang dia rasa dah takde nilai dalam hidup dia apabila dia dapat cita-cita dia tu. Perkara ni, sama macam dendam yang kita fikir ia penguat, tapi sayang sebaliknya, ia sekaligus mencerminkan keburukan dalam satu bahagian jiwa kita.

  Jadi, aku mula fikir dalam diri sendiri ni kadang ada juga perasaan macam nak buktikan pada orang yang pandang rendah dekat kita bahawa kita pon boleh bangkit. Walhal, boleh jadi impian dan mimpi kita hanya untuk seseorang sebaliknya bukan untuk diri sendiri. Berimpian untuk seseorang kalau untuk jadikan orang yang kita sayang bahagia takpe, ini kalau nak suruh manusia lain sakit hati tu, seeloknya kita muhasabah. Mungkin sebab tu kot apa yang kita nak masih ditunda-tunda..
Nauzubillahiminzalik. Moga Allah pelihara impian kita dan bawa ke kita kepada apa yang baik untuk diri kita.

  So korang untuk sharing hari ni, aku rasa ia bermanfaat untuk kita ubah cara kita niat dan moga kita dapat apa yang kita nak. Tambahan juga, aku nak korang doakan agar aku dapat apa yang aku impikan moga ia jadi kenyataan di tahun ni juga. Moga doa korang pon diangakat Allah. Thanks korang sudi baca blog aku and if ada anything menarik, aku akan share lagi dekat korang.. Halke~

3 September 2021
Jumaat Barakah
Assalamualaikum 

Comments

Popular Posts